NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu peniaga Rohingya, Ahli Parlimen Klang tepis dakwaan rasis

V Ganabatirau didakwa bersikap ‘perkauman dan xenofobia’ selepas menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap peniaga Rohingya di Pasar Besar Meru. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau menepis dakwaan beliau bersikap perkauman dan xenofobia, seperti didakwa seorang aktivis migran, ketika menyentuh kemunculan peniaga Rohingya di pasar Meru.

Katanya, beliau sekadar menyuarakan kebimbangan pengundinya, apabila membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kehadiran peniaga Rohingya bukannya isu, sebaliknya cara mereka menjalankan perniagaan sehingga melanggar undang-undang.

Ganabatirau berkata, ia termasuk menduduki lot dikhaskan untuk peniaga – warganegara yang membayar cukai – tergolong dalam kategori B40 atau mendirikan kedai di lot letak kereta atau kaki lima.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Apa yang saya kemukakan adalah aduan yang saya terima daripada peniaga tempatan. Keberadaan warga Rohingya bukan isunya, malah saya tidak membenci atau menentang mereka,” katanya kepada FMT sambil menambah DAP sentiasa memperjuangkan hak pekerja asing.

“Saya terpaksa menyoal jika pihak majlis perbandaran dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) benar-benar serius melakukan tugas mereka. Itu yang saya cuba persoal.”

Isnin lalu, Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira menyifatkan kenyataan Ganabatirau bersifat “sangat perkauman dan xenofobia”.

Beliau mengulas gesaan Ganabatirau supaya KDN mengambil tindakan terhadap peniaga Rohingya mengusahakan gerai di Pasar Besar Meru, Klang.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan itu bimbang Meru akan menjadi Selayang 2, pasar borong di Selangor yang terkenal kerana dikuasai peniaga warga asing.

Ganabatirau menasihatkan warga asing, termasuk etnik Rohingya, membuat permohonan berkaitan jika mereka mahu menjalankan perniagaan, bukannya “mengambil” peluang perniagaan disediakan untuk peniaga tempatan kurang berkemampuan.

“Sekiranya mereka (warga asing) ingin berniaga, mereka sepatutnya mendapatkan tapak perniagaan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.”


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo