NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azalina tewas persaingan Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Calon wanita tunggal bagi persaingan dalam jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Azalina Othman tewas dalam persaingan dengan tujuh calon lain bagi merebut tempat ‘Top 3’.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) mendapat tempat ke empat dengan jumlah undi sebanyak 35 bahagian.

Dengan ini jawatan Naib Presiden UMNO secara tidak rasmi dimenangi oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mencapai majoriti mudah 63; Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (60) dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (48).

Sebelum ini, jawatan tersebut digalas oleh Mohamed Khaled; bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Calon lain yang tewas selain Azalina dan Mahdzir adalah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Dr. Mohd Yusof Musa.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 160,000 perwakilan UMNO seluruh negara akan menentukan tiga Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang akan dipilih untuk sesi 2023/2026 dengan lapan calon bertanding merebut jawatan tersebut

Dalam perkembangan lain, Azalina berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang dalam pemilihan kali ini. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo