NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warganet beri reaksi berbeza Kor Ming benarkan semula jual, bakar mercun

NGA Kor Ming (kiri) menghadiahi kanak-kanak angpau sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

KENYATAAN Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bahawa kerajaan telah membenarkan semula penjualan dan permainan mercun yang diharamkan sejak 1995, mendapat pelbagai reaksi warganet.

Keputusan itu dicapai Kabinet kelmarin yang tertakluk kepada permohonan lesen dan duti import serta garis panduan dan peraturan.

“Tak kira Tahun Baru Cina, Hari Raya Aildilfitri, Deepavali malah Krismas pun orang main mercun.

“Kabinet mengambil keputusan itu bagi mengawal standard keselamatan produk yang boleh mengakibatkan kemalangan selain membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan berjumlah jutaan ringgit .

“Saya jangka pendapatan kerajaan akan bertambah. Ratusan juta RM duti akan dapat daripada pemegang lesen,” katanya.

Sebelum ini arahan larangan bermain mercun dan bunga api diputuskan kerajaan pada 1995 di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Mereka yang ditangkap menjual bahan yang boleh meletup tanpa permit, boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan membayar denda RM10,000 di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

Mengedar, menjual dan memiliki mercun juga kesalahan di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 yang maksima dipenjara lima tahun penjara atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Abby @ABakarMohd2: MP cap ayam. Rakyat resah psl kos sara hidup tinggi, mentri ni nak galak pembakaran harta rakyat pula. Bomba dan hospital buleh bersedia padam api kebakaran brlebihan & minta naik gaji sb kena padam api lebih

Bossbm @Bossbm17: Tauke mercun semua cina.. Hidup..cina

Azuan wan @AzuanWann: Bila dihalalkan ia berlesen, ia ada standard yg dibenarkan import, dia ada peraturan2 yg perlu diikuti pengimport. Penyeludup haram yg meraih untung juta2 akan berputih mata. Kerajaan akan dapat cukai import. Kalau diharamkan rakyat tetap main, tak boleh kawal, cukai pon x dapat

wan@wanzafryer: Ni kalau BN yg halalkan mau acc yang ada simbol kecam. Kalau PH yg halalkan takpe. Baik untuk ekonomi

Khairul@Fdzul31Khairul: Yang putus tangan kaki kepala masa main mercun tu bangsa melayu , bangsa lain elok je main mercun. Kalau boleh turunkan harga thunder clap dengan mercun das

P George@PGeorge9601: Doesn’t this Cabinet have way more important things to discuss,

@NgaKorMing?: Like, say, cost of living, price inflation, good jobs (or the lack thereof), competitiveness etc etc? This decision definitely is a “Fail”!

HiRisk Sekendose@HiRisk6: Memang wajar sangat. Bertahun2 di haram kan kjaan tak dpt cukai tapi tiap kali semua raya bakar mercun mcm haram. Yg buat putus tangan ni semua kalau raya melayu je. Sebab mercun betul tak da depa modified lah supaya ganas lg bunyinya. Lepas ni ada mercun betul selesai lah hal

RenaC @rena_rc: It’s a bad idea to do this. It’s noise pollution and air pollution. Some people have no consideration. They can go on till 3am. People got to work, kids got to sleep and old people needed a good rest.

Sauffie @Sauffie_84: Ini semua agenda DAP dan Yahudi nak bagi anak Melayu putus tangan main mercun masa raya.Ayuh bangsa ku jangan tertipu. Mercun dalam bahasa Yahudi purba bermaksud “saya tak nak masuk syurga”. Sebarkan pada 10 orang sebelum tengah malam ini atau esok jadi lori simen.Kah

SUAJIE   @AryanaSuajie: Akhir nya Mercun dah jadi Halal. i like. jiran main mercun bkn musim raya pun xpe. i x report polis. i biar kan je laaa. dah halal kan.

Alex ima hitori-hitori no mune no naka@holyfishAlex: kes cedera akibat mercun dan wad hospital kkm yang understaffed after this announcement.

- bebasmews.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo