NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nilai ringgit jatuh lagi

Ringgit ditutup bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis berikutan jualan berterusan apabila data runcit AS yang positif mendorong kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikan lagi kadar faedah.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.4020/4060 berbanding dolar AS daripada 4.3900/3945 ketika ditutup pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata hasil AS yang lebih tinggi terus bergerak menjejaskan aset tempatan selepas jualan runcit AS bagi Januari menunjukkan data yang amat kukuh sekali gus memburukkan lagi kemungkinan inflasi AS yang masih ada.

"Walaupun maklum balas Fed terhadap data AS yang lebih kukuh ini berubah-ubah, pasaran kadar faedah telah mengurangkan jangkaan bagi penurunan kadar secara ketara sebaliknya menjangkakan kadar kemuncak Fed yang lebih tinggi.

"'Pada peringkat ini, kita perlu melihat beberapa data ekonomi AS yang lemah untuk menghentikan penjualan ringgit," katanya kepada Bernama.

Pasaran sedang menunggu data AS yang termasuk tuntutan pengangguran awal mingguan, permulaan perumahan Januari dan Indeks Harga Pengeluar lewat malam ini.

Innes mengunjurkan kadar faedah Fed boleh mencapai 5.25 hingga 5.50 peratus disebabkan oleh kesan tertangguh daripada kenaikan kadar faedah semasa yang mempengaruhi ekonomi.

''Walaupun sentiasa sukar untuk menentukan kadar rendah dan tinggi pada pergerakan mata wang, saya berpandangan kita mencapai tahap di mana pelabur yang terlepas lantunan pembukaan semula pertama kini boleh mula membeli beberapa risiko tempatan memandangkan jangkaan untuk dolar AS masih lemah kekal berada dalam sentimen pasaran," katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2883/2915 daripada 3.2909/2947 semasa ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3075/3123 dari 5.3093/3147.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2989/3024 dari 3.2926/2962 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.7101/7144 daripada 4.7083/7131.

-BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo