NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menu rahmah bukti Kerajaan PH-BN idea baru

MENU RAHMAH BUKTI KERAJAAN PHBN TIADA IDEA BARU

Kebelakangan ini agak riuh dengan istilah Menu Rahmah. Digembar-gemburkan di setiap media betapa "gembira"nya rakyat dengan keprihatinan kerajaan semasa memperkenalkan menu yang murah tetapi mengenyangkan itu.

Pemuja² bekas PM tepi paling lama di dunia sakan menjulang "bijaksana"nya sosok bercapal tidak bertali leher mentadbir negara dan menjaga kebajikan rakyat. 

Maka, lupalah seketika sekalian rakyat akan harga ayam yang tidak turun-turun, harga telur yang semakin mahal berbanding saiz yang semakin kecil, sawi yang dulunya secekak seringgit kini jadi segenggam RM3, minyak petrol yang dijanjikan akan diturunkan harga dalam tempoh 24 jam selepas berkuasa tidak juga berubah harga, dan peningkatan pelbagai lagi kos sara hidup seolah-olah tidak disedari.
Ada ibu tunggal diberitakan sanggup berpanas berhujan meredah perjalanan 30 minit sehala bersama 2 anak hanya dengan bermotor untuk mendapatkan menu rahmah yang dipromosi sedemikian rupa. Tak tercapai dek akal, apa yang ada dalam pemikiran ibu tunggal tersebut. 

Menu Rahmah ini bukanlah benda baharu pun. Bertahun-tahun sebelum ini pun sudah ada menu sebegini di segenap pelusuk negara walau tanpa sebarang kempen oleh kerajaan. 

Di Kelantan terkenal dengan menu Nasi Kak Wok, bahkan sebungkus nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu di Kelantan, Trengganu antara RM3 - RM5 sahaja. 
Di sebelah pantai barat, telah sekian lama ada menu Nasi Bajet yang berharga RM5 lengkap dengan sebungkus sirap atau teh 'o' ais. 

Bahkan ada juga menu Nasi Bujang yang dahulunya berharga hanya RM3 lengkap dengan air sirap. 

Alih-alih naik sahaja kerajaan campuran yang caca marba ini, menu marhaen yang seawal 2015 telah mula tular ini, nasi bajet dan nasi bujang menjadi menu rahmah. Idea marhaen yang hanya dijenamakan semula oleh menteri2 yang tidak ada idea tulen sendiri. 
Kalau dikata menteri buta kayu, tak tahu buat kerja, koyak pula mereka!

Rakyat mahukan penyelesaian di akar umbi masalah, bukan hanya penjenamaan semula. 

Ibarat pokok yang rosak, perlu dibaja dan dirawat dari akarnya, bukan sekadar meletak tanglung dan pelbagai hiasan di dahan dan rantingnya untuk melindungi kerosakan yang ada. 

Kempen menu rahmah, tapi ke hulu ke hilir naik helikopter. Tapi kerana bercapal, zuhud terus jadinya dia!

Eh, meluat!

Tinta Marhaen 
5 Februari 2023

- MampuCentre

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo