NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manusia ‘rare’

Manusia ‘rare’

MB Sanusi ini walaupun dah naik jadi Menteri Besar, dia masih tetap seperti orang kebanyakan, tetapi tidak kebanyakan ahli politik adalah seperti Bang Sanusi. Itulah panggilan kami sebelum ini, dan juga hari ini kepada beliau.

Bukanlah sebab dia tidak pandai nak bawa watak seorang Menteri Besar atau tidak biasa dalam politik, tetapi MB Sanusi terlampau berani untuk jadi diri sendiri. 

Walaupun 13 negeri boleh jadi tidak suka watak MB Sanusi, yang penting dialah apa yang orang negeri dia suka dan boleh terima.

Kumpulan ahli politik macam MB Sanusi ini tak banyak, mungkin ada 5 ke 10 peratus sahaja. Mereka ini orang yang betul-betul akan berpuas hati hanya apabila semua kerja betul-betul menjadi.

Sebab itu MB Sanusi selalu sebut, “buat bagi betoi, buat sampai jadi”. Kalau ada masalah cakap terus tanpa berselindung dan selesaikan terus. 

Cakap lepas itu juga lah yang jadi buah peluru orang luar untuk serang dan hentam MB Sanusi bertubi-tubi. Apa sahaja yang MB Sanusi cakap mengundang fitnah dan salah faham.

Tapi MB Sanusi tetap tenang dan jawab segala tohmahan. Dia jelaskan dan sampaikan. Tak selesai lagi sampai situ, ada lagi orang boleh sensasikan sebab MB Sanusi berani menyatakan kebenaran yang terpahit.

Orang politik seperti MB Sanusi ini dianggap senang buat kira. Semua orang selesa dan mudah bekerja. Sebab orang seperti ini kebiasaannya akan respon kepada segala isu dan turun terus kepada rakyat.

Siapa sahaja yang datang untuk berbincang, MB Sanusi sambut. Kawan atau lawan. Selagi idea dan cadangan yang diberikan baik dan mampu dilaksanakan, “kita buat”. 

Tidak peliklah bila Kedah sering dipuji-puji apabila berjaya menarik pelaburan yang tinggi. MB Sanusi tak kata itu sebab dia atau sebab parti PAS, tapi MB Sanusi puji seluruh anggota kerajaan negeri dan pentadbiran yang buat kerja.

Dialah Bang Sanusi kesayangan rakyat Kedah.

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo