NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan masih bincang isu lantikan Peguam Negara – PMX

PUTRAJAYA: Kerajaan masih dalam proses perbincangan bagi memilih calon sesuai sebagai Peguam Negara yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Idris Harun apabila tempoh perkhidmatannya dijangka berakhir bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak mengulas lanjut dan hanya menjelaskan bahawa ia masih dalam proses perbincangan.

“Kita masih berbincang (pelantikan Peguam Negara),” katanya ringkas dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan beberapa hakim yang sedang berkhidmat dikhabarkan akan dipertimbangkan Anwar untuk dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu bagi mengantikan Idrus.

Antara nama dipertimbang untuk menduduki kerusi Peguam Negara iaitu dua Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md. Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil serta hakim-hakim yang masih berkhidmat.

Pelantikan hakim sebagai Peguam Negara bukan satu perkara baharu kerana sebelum dilantik, Idrus masih berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, manakala Tan Sri Mohamad Apandi Ali pula bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat, pegawai ka­nan di Ja­batan Peguam Negara atau pe­­guam berkelayakan perlu diutamakan untuk menduduki kerusi Peguam Negara berbanding mengambil hakim khususnya yang masih berkhidmat bagi mengelakkan kepentingan konflik demi menjamin kebebasan badan kehakiman.

Katanya, Pegawai kanan AGC atau pengamal undang-undang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sesuai mengalas tugas Peguam Negara kerana mereka mempunyai penelitian mendalam untuk memberikan nasihat undang-undang kepada kerajaan di samping berpengalaman mengendalikan pertikaian antara dua pihak. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo