Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia MADANI' membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Belanjawan 2023 pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu namun tidak sempat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan dokumen Belanjawan 2023 ke dalam beg ketika hadir meninjau persiapan penyediaan Belanjawan 2023 bertema Malaysia MADANI di Kementerian Kewangan, semalam. - foto BERNAMA
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan dokumen Belanjawan 2023 ke dalam beg ketika hadir meninjau persiapan penyediaan Belanjawan 2023 bertema Malaysia MADANI di Kementerian Kewangan, semalam. - foto BERNAMA

Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah.

Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Kerajaan menyediakan RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.

Enam projek tebatan banjir termasuk di Johor, Selangor dan Kelantan akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya Jun tahun ini.

Persiapan mendepani ancaman bencana: RM150 juta kepada NADMA, RM50 juta untuk ATM, Bomba dan RELA, RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti, manfaatkan 2,000 persatuan penduduk.

Hutan paya bakau di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. - Foto hiasan NSTP
Hutan paya bakau di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. - Foto hiasan NSTP

Peruntukan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) kepada kerajaan negeri ditingkatkan kepada RM150 juta setahun.

Sejumlah RM38 juta disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya.

Bagi membanteras rasuah, kerajaan bercadang untuk meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tahun ini.

Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pembaikan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif.

Sebanyak RM2.7 bilion diperuntukkan bagi menyelenggara dan menaik taraf jalan persekutuan.

Sejumlah RM1.5 bilion disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.

Sejumlah RM10 juta disediakan bagi geran pengoperasian untuk memperkukuh peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Akta Insolvensi 1967 akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa singkat. Kes muflis dengan hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

Pasukan khas di bawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk banteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan wujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak untuk beri khidmat sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.