NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dunia sedang menuju peperangan lebih besar – PBB

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia ketika ini sedang menuju ke arah peperangan lebih besar.

Ia susulan risiko ketegangan konflik antara Russia dan Ukraine semakin meningkat.

Ketika berucap membentangkan keutamaan 2023 pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Guterres mengecam pencerobohan Russia di Ukraine.

Guterres menegaskan peperangan itu menimbulkan penderitaan yang tidak terperi terhadap rakyat Ukraine dengan implikasi global yang mendalam.

“Prospek keamanan terus berkurangan manakala peluang ketegangan dan pertumpahan darah semakin meningkat.

“Saya bimbang dunia menuju ke arah peperangan lebih besar dan dikhuatiri ia berlaku ketika sedar sepenuhnya mengenai risikonya,” katanya sepertimana dilaporkan Al Jazeera.

Konflik hampir setahun itu semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan Russia untuk menguasai bandar di timur Ukraine.

Sementara itu, Guterres turut merujuk beberapa ancaman lain terhadap keamanan seperti konflik Israel-Palestin, Afghanistan, Myanmar dan Haiti.

“Jika setiap negara memenuhi kewajipannya di bawah Piagam PBB, hak keamanan akan terjamin.

Guterres juga memberi amaran mengenai ancaman dicetuskan oleh perubahan iklim. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo