NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dikatakan lebih zalim berbanding TumM, Anwar fail notis tuntut Ahli Parlimen Pendang mohon maaf

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim bagi menuntut permohonan maaf tanpa syarat berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan di lobi Parlimen, semalam.

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memfailkan notis tuntutan itu menerusi Tetuan SN. Nair & Partners hari ini.

Menurut peguam Datuk SN Nair, sekirannya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan daripada Awang Solahuddin dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis, tindakan perundangan akan diteruskan terhadap Awang Solahuddin.

Berdasarkan notis tuntutan itu, pada 21 Februari lalu, Awang Solahuddin telah mengungkapkan atau membuat kenyataan kepada pemberita di lobi di luar Dewan Rakyat mengenai Perdana Menteri.

Nair berkata keseluruhan ungkapan atau kenyataan Awang Solahuddin telah dipetik dan diterbitkan menerusi artikel Malaysiakini bertajuk “MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir” dan artikel Berita Harian bertajuk “Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Tun M” pada tarikh sama (21 Februari).

“Anak guam kami menegaskan bahawa perkataan-perkataan memfitnah dalam artikel-artikel berkenaan adalah tidak benar dan didorong oleh niat jahat serta penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran di pihak anak guam kami dalam usaha untuk mencari publisiti murahan bagi meraih manfaat dan tujuan politik,” kata peguam itu.

Menurut Nair, perkataan-perkataan memfitnah itu secara keseluruhannya antara lain membawa maksud bahawa Anwar telah menyalah guna kuasanya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta campur tangan dalam institusi penguatkuasa dan pendakwaan di Malaysia, tidak beretika selain seorang pendendam.

Beliau berkata Anwar tidak pernah campur tangan dalam bidang kuasa penyiasatan agensi-agensi penguat kuasa di Malaysia dan oleh itu, tidak mengamalkan apa-apa penyiasatan terpilih seperti yang dituduh secara melulu oleh Awang Solahuddin.

“Selain itu anak guam kami memohon penarikan balik perkataan memfitnah dan segala komen yang menyinggung perasaan dengan serta-merta selain permohonan maaf tanpa syarat, aku janji bertulis oleh YB Awang Solahuddin untuk tidak mengulangi perkataan memfitnah itu,” tambah peguam itu lagi.

Berdasarkan notis tuntutan itu, Nair memaklumkan anak guamnya akan menuntut ganti rugi atas tindakan Awang Solahuddin.

Sementara itu Nair ketika dihubungi media mengesahkan telah menghantar notis tuntutan itu kepada Awang Solahuddin melalui kiriman pos dan e-mel. – KOSMO! ONLINE

Komen : Kerajaan campuran Madani koyak tak bertempat. Kebebasan bersuara mengkritik versi madani.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo