NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir kilat sebabkan kesesakan di Selangor, Kuala Lumpur


PETALING JAYA – Banjir kilat dilaporkan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehingga menyebabkan kesesakan berikutan hujan lebat pada petang ini.

Menerusi Facebook Polis Kuala Lumpur, di Jalan Sri Permaisuri air bertakung paras betis dewasa serta keadaan jalan basah dan licin setakat pukul 5 petang ini.

“Di Jalan Cheras Petronas Pudu Ulu, banjir kilat turut dilaporkan sehingga menyebabkan air bertakung dan hanya satu lorong sahaja boleh dilalui.

“Banjir kilat paras buku lali dewasa turut terjadi di kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, namun lalu lintas dilaporkan dalam keadaan lancar,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian beberapa pengguna di media sosial, kelewatan selama 40 minit dilaporkan dari arah Ampang menghala ke Terminal Bersepadu Selatan berikutan banjir kilat.

Cuaca hujan dan banjir kilat juga telah menambahkan lagi kelewatan di Jalan Tun Razak, Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Genting Klang, Jalan Pahang dan Jalan Parlimen.

Situasi sama turut dilaporkan di beberapa tempat antaranya Jalan Tun Sambanthan, Jalan Damansara, Jalan Syed Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Bangsar. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo