NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vietnam keluar amaran risiko penularan Covid-19

Vietnam tidak merekodkan sebarang kematian berkaitan Covid-19 sejak dua minggu berturut-turut dan tiada pesakit kritikal memerlukan bantuan alat penafasan. – Gambar AFP, 16 Januari 2023.


KEMENTERIAN Kesihatan Vietnam memberi amaran tentang potensi risiko penularan semula wabak Covid-19 susulan kemunculan varian baharu.

Wabak Covid-19 bagaimanapun masih terkawal, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kementerian itu.

Vietnam tidak merekodkan sebarang kematian berkaitan Covid-19 sejak dua minggu berturut-turut. Antara pesakit kritikal yang dirawat pula, tiada kes yang memerlukan bantuan alat penafasan.

Kementerian itu berkata dokumen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan subvarian XBB.1.5 Omicron yang ditemui baru-baru ini di Amerika Syarikat (AS), adalah punca peningkatan jangkitan Covid-19 di AS.

Subvarian ini telah dikesan di Eropah, Australia dan sebahagian kawasan Asia Tenggara.

Ketua Perwakilan WHO di Vietnam, Angela Pratt berkata langkah diagnostik dan perlindungan semasa masih kekal, termasuk vaksin Covid-19 yang diluluskan WHO.

Kementerian meminta pihak berkuasa berkaitan supaya meningkatkan pengawasan di pintu sempadan, kawasan awam dan premis perubatan bagi mengesan dan segera mengurus kes yang disyaki, terutama yang masuk dari kawasan yang merekodkan wabak Covid-19 selain kemunculan varian baharu. – Bernama, 16 Januari, 2023.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo