NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UFO bentuk bola terbang di bandar Mosul

LONDON – Sekeping gambar eksklusif diperoleh MailOnline memaparkan imej berbentuk seperti bola dan logam terbang di atas sebuah bandar di Iraq, lapor portal berita tersebut semalam.

Imej itu dirakam pada April 2016 oleh sebuah pesawat peninjau perisikan Amerika Syarikat (AS) sebelum disiarkan dalam taklimat sulit mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO)  kepada beberapa agensi kerajaan AS.

Video pendek itu memaparkan sebuah UFO  yang mempunyai kilauan logam pada permukaannya  terbang di atas bandar Mosul, utara Iraq.

Ia adalah imej UFO pertama yang didedahkan secara terbuka hasil penyiasatan kerajaan AS.

Objek itu terbang di sekitar tempat tentera AS beroperasi sekali gus mencetuskan kebimbangan keselamatan kepada Jabatan Pertahanan (DoD). Pegawai-pegawai tentera bimbang kemunculannya boleh membahayakan juruterbang tentera udara dan pasukan tentera darat.

Imej tersebut kemudian diperoleh dua orang wartawan, Jeremy Corbell dan George Knapp yang seterusnya menyiarkan dalam  fail media digital UFO mereka, Weaponized.

Taklimat sulit itu turut menerangkan bahawa UFO tersebut bergerak dari arah selatan ke utara.

Dalam video empat saat bertajuk Mosul Orb itu, UFO itu muncul selama satu saat dalam rakaman tersebut. Ia terbang bersama pesawat pengintip MC-12 dan tidak mempunyai sayap. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo