MGF28102022_SKOP-MG-DR-MASLIHA-HARUN04-681x454
Dr. Masliha Harun

Beliau mengulas mengenai mengenai penularan #RESETUMNO yang dikaitkan dengan pihak yang mahu menjadi pencabar kepada kepimpinan UMNO sedia ada.

Beliau berkata, perkara itu mungkin dilakukan pihak-pihak tertentu namun tidak mengetahui puncanya.

“Saya agak terkejut wajah saya ada dalam poster tersebut. Walaupun ia selari dengan hasrat saya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO nanti tetapi tidaklah sampai ada gerakan seperti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

WhatsApp-Image-2023-01-10-at-10

Lagi pun, untuk bertanding, beliau sudah berbincang terlebih dahulu dengan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

“Saya tidak ada kena mengena dengan sebarang agenda menjatuhkan presiden,” tegasnya.

Dalam pada itu, Dr Masliha berkata, jawatan presiden dianggap masih terbuka kerana sehingga kini Ahmad Zahid tidak menyatakan sama ada ia dipertandingkan atau tidak.

“Kalau melihat kepada akar umbi, Datuk Seri Zahid masih diterima dan disayangi dan beliau sangat kuat tetapi apabila mahukan perubahan, mungkin boleh jadi ada orang lain yang rasa boleh menggalas tanggungjawab itu, apa salahnya jika ada ruang,” katanya lagi.

Tambahnya, UMNO bersifat terbuka dan menerima sebarang perubahan dengan akar umbi sentiasa menyokong setiap keputusan yang telah dibuat kepimpinan tertinggi.

Sejak malam, tadi tular poster dengan nama #RESETUMNO yang meletakkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Presiden UMNO yang baharu dan bergandingan dengan Khairy Jamaludin sebagai Timbalan Presiden. – MalaysiaGazette