NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sambut Tahun Baru, remaja bawah umur antara 11 ditahan ambil minuman keras di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki bawah umur antara 11 lelaki yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas didapati mengambil minuman keras dalam Ops Bersepadu Tahun Baharu 2023 di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney, di sini malam tadi.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd. Azizon Noordin berkata, kesemua lelaki beragama Islam yang berusia antara 16 sehingga 38 tahun itu ditahan ketika sedang minum minuman keras kira-kira pukul 11.45 malam.

“Remaja berkenaan memberi alasan kali pertama dia berkunjung ke pusat hiburan itu selepas diajak rakan-rakannya.

“Hasil ujian saringan yang dijalankan mendapati semua individu terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.

“Mereka yang ditahan kebanyakannya bekerja dalam sektor perkilangan serta kesihatan dan dibawa ke Jabatan Pemeriksaan JHEAIPP untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu tengah malam tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizon berkata, salah seorang daripada individu yang ditahan turut membawa teman wanita warga Indonesia berumur lingkungan 20-an yang didakwa adalah tunangnya untuk meraikan tahun baharu bersama di premis terbabit.

“Bagaimanapun, wanita terbabit tidak ditahan memandangkan dia bukan beragama Islam.

“Selain itu, cubaan melarikan diri juga berlaku, namun pihak polis telah mengawal ketat di setiap jalan keluar termasuk laluan tangga selain lif,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, pihak JHEAIPP akan memghubungi waris individu yang ditahan bagi tujuan ikat jamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo