NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden Ukraine dakwa Putin mungkin sudah meninggal dunia

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa seterunya, Vladimir Putin mungkin sudah meninggal dunia dalam satu ucapan pelik, lapor akhbar The Sun semalam.

Zelenskyy memberitahu pemimpin-pemimpin dunia di Forum Ekonomi Dunia di Switzerland menerusi persidangan maya bahawa beliau tidak pasti siapa yang membuat keputusan di Kremlin, Russia.

Beliau mengulangi dakwaan bahawa penampilan Putin baru-baru ini telah dipalsukan dengan menggunakan kesan khas di televisyen.

Khabar angin telah berkisar selama berbulan-bulan lalu mengenai tahap kesihatan Putin, 70, yang dikatakan merosot ekoran mukanya yang kelihatan aneh dan kakinya yang menggeletar.

Dokumen perisik yang dibocorkan kepada The Sun seolah-oleh mengesahkan Putin menghidap kanser pankreas dan penyakit Parkinson peringkat awal.

Ukraine sebelum ini menyatakan bahawa Russia menggunakan seseorang yang menyamar menjadi Putin dan pada awal bulan ini, ketua perisik negara itu mendakwa beliau akan meninggal dunia tidak lama lagi akibat kanser.

Bagaimanapun, Moscow menafikan kenyataan Zelenskyy dengan menyatakan bahawa Presiden Russia itu masih lagi hidup. – Agensi 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo