NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlis akan tutup Kedai judi

KANGAR: Perlis akan menguatkuasakan langkah menutup premis perjudian dan loteri di negeri itu sama seperti negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata perkara itu sememangnya ada dalam perancangan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh kerajaan PN.

"Bagaimanapun, buat masa ini saya masih meneliti berhubung aspek peraturan untuk kita (kerajaan negeri) ambil tindakan seterusnya.

"Insya-Allah, jika selesai penilaian itu dan dengan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri, saya akan isytiharkan sesuatu selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Tahun 2023 di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata, langkah penguatkuasaan itu sememangnya sudah dirancang oleh kerajaan negeri sebaik mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Saya akan pastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa unsur perjudian.

Sumber : Bharian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo