NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Latar belakang pendidikan Nurul Izzah tidak patut dipertikaikan, Saya sendiri tiada kelulusan berkaitan tetapi menjadi Menteri Kewangan - PMX

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan Pengamal Media pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun, di Meru hari ini. - Foto BERNAMA


TAMBUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, tidak melibatkan bayaran elaun.
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.
"Memang saya minta dia, pelawa dia untuk membantu saya sebagai penasihat di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia," jelasnya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Meru Raya, Ipoh, pada Ahad.
Anwar mengulas ciapan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang seolah-olah menyindir mengenai pelantikan itu kerana Nurul Izzah berkelulusan kejuruteraan elektrik.
Mengulas berkenaan pertikaian pelantikan itu, Perdana Menteri menjelaskan bahawa anaknya itu juga mempunyai kelulusan dalam bidang dasar awam yang berkaitan politik, ekonomi dan sosial dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, ujarnya, soal pelantikan itu tidak semestinya mengikut kelulusan masing-masing.
Beliau memberi contoh, beliau sendiri yang tiada kelulusan berkaitan tetapi pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun.
Malah, tambahnya, pelantikan menteri-menteri dari Perikatan Nasional (PN) seperti dari Bersatu dan Pas juga tidak mengikut kelulusan masing-masing.

Sumber I Astro Awani 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo