NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi ke tuntutan palsu insentif penjana kerjaya : Pemilik syarikat dituduh guna dokumen palsu

Pemilik syarikat dituduh guna dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjay
ALOR SETAR – Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu, dua tahun lalu.

Dokumen tersebut bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan nilai keseluruhan RM17,500.

Tertuduh, Muhammad Syakireen Othman, 36, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Dia didakwa mengemukakan lima dokumen borang pengesahan pekerja, Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama Round Globe Enterprise bertarikh 30 dan 1 Jun 2021 kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso Kedah.

Tertuduh didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut mengandungi pernyataan palsu mengenai lima individu sedangkan senarai mereka yang dinamakan itu, bukan pekerja syarikat berkenaan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Wisma Perkeso, Jalan Teluk Wan Jah, dekat sini antara Jun 2021 hingga Julai 2021. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo