NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jentera bomba terbabit kemalangan 3 kenderaan

Jentera bomba terbabit kemalangan tiga kenderaan di susur masuk LDP arah Puchong, pagi tadi. - Foto ihsan polis


KUALA LUMPUR: Sebuah jentera bomba terbabit kemalangan tiga kenderaan di susur masuk Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) arah Puchong, pagi tadi.

Polis menerima laporan pada jam 11.38 pagi berhubung nahas membabitkan masing-masing sebuah jentera bomba jenis Scania P310, Perodua Myvi dan Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata jentera bomba itu adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta digunakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Beliau berkata, insiden berlaku ketika jentera bomba itu dalam perjalanan ke Bahagian Kejuruteraan JBPM Kuala Lumpur di Bandar Kinrara untuk proses baik pulih.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Perodua Myvi dikatakan keluar dari susur sebelah kiri terus masuk ke laluan jentera bomba sehingga berlaku perlanggaran.

"Akibat perlanggaran itu, Perodua Myvi berkenaan terbabas ke tengah laluan dan melanggar sebuah Toyota Vios. Bagaimanapun, semua pemandu terselamat tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.

"Kita mohon saksi yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya tampil membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Nik Mohd Fazrin Abd Halim, melalui talian 019-7838911 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo