NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Istana Negeri Sabah jadi tumpuan pagi ini

Beberapa kenderaan mewah yang dipercayai membawa ADUN dilihat memasuki laluan ke Istana Negeri, sejak 8.50 pagi.

KOTA KINABALU: Istana Negeri, di sini, sekali jadi menjadi tumpuan susulan majlis angkat sumpah jemaah menteri yang dikatakan akan diadakan, pagi ini.

Beberapa kenderaan mewah dipercayai membawa ADUN turut dilihat memasuki laluan ke istana negeri, sejak 8.50 pagi.

Pasukan keselamatan juga telah berkumpul di luar gerbang menuju ke Istana Seri Kinabalu, pada awal pagi tadi.

Terdahulu, satu majlis angkat sumpah anggota baharu Jemaah Menteri Sabah dikatakan akan diadakan di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

Upacara yang dijadual berlangsung di Dewan Kunjungan, pada 10 pagi itu berdasarkan surat jemputan kepada ADUN, atur cara majlis dan surat pemakluman daripada Istana kepada IPD Kota Kinabalu yang tular di media sosial.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo