NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon duta besar ke Indonesia diumum sedikit masa lagi, kata Zambry

Zambry Abd Kadir berkata, proses lantikan duta besar ke Indonesia yang kosong sejak 2019 akan diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.
SEPANG: Lantikan duta besar ke Indonesia kini sudah di peringkat akhir dan akan diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedikit masa lagi, kata Menteri Luar Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, calon bagi jawatan berkenaan juga sudah pun dikenalpasti dan proses lantikan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihaknya.

“Kalau ikut proses (lantikan), kita perlu ikut proses yang ada di Malaysia terlebih dahulu iaitu kena majlis penyampaian (watikah) untuk pelantikan di Malaysia,” katanya pada sidang media sempena pembuka tirai lawatan perdana menteri ke Indonesia di KLIA.

Tahun lalu, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan telah dilantik sebagai duta besar ke Indonesia.

Pelantikan Tajuddin mengejutkan pelbagai pihak selain turut mengundang kritikan termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen, bekas diplomat, ahli politik dan masyarakat awam.

Bagaimanapun, pelantikan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu ditarik semula oleh kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob.

Jawatan duta besar ke Indonesia kosong sejak Zainal Abidin Bakar, yang dilantik pada 21 Mac 2019, bersara pada 4 April 2021.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo