NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan persoal kelayakan Nurul Izzah tapi Anwar langgar janji, kata setpol Hadi


PETALING JAYA:
Rakyat tidak mempersoalkan kelayakan serta merit dimiliki Nurul Izzah Anwar yang dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri, namun seorang pemimpin PAS berkata pelantikannya melanggar reformasi institusi dilaungkan bapanya itu.

“Yang dipersoalkan adalah elemen ‘conflict of interest’, prinsip asas dalam etika urus tadbir yang telah dikompromi, di samping janji reformasi institusi yang dilanggari,” kata Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman.

Setiausaha politik kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu berkata, di Indonesia, Presiden Jokowi melantik tujuh anak muda sebagai penasihat di Pejabat Presiden dan melantik menteri kewangan yang disegani dunia, namun di Malaysia ia sebaliknya.

“Di negara madani, perdana menteri melantik dirinya sebagai menteri kewangan, dan melantik anaknya sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada dirinya,” katanya di Facebook.

Menjawab kritikan pelbagai pihak, Anwar Ibrahim semalam menjelaskan pelantikan Nurul Izzah dibuat kerana beliau berkelayakan.

Anwar berkata, ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan.

Syahir berkata, dalam keadaan ekonomi negara berdepan masalah defisit fiskal semakin menjurang, Anwar tidak boleh membuka ruang kepada defisit kepercayaan yang semakin melebar dalam kalangan rakyat dan pelabur.

Katanya, perdana menteri boleh menaruh kepercayaan terhadap rakannya daripada Umno yang kini menjawat timbalan perdana menteri 1 (Ahmad Zahid Hamidi) dan timbalan menteri kewangan 1 (Ahmad Maslan), yang dilihat memadai untuk membantu dan menasihati beliau dalam urusan kewangan dan ekonomi.

“Demokrasi, reformasi dan integriti adalah tunjang bagi pembentukan sebuah negara madani, perlukan komitmen dan tindakan, bukan slogan.”


........
Komen: Selepas ini lantik Wan Azizah jadi doktor peribadi PM, lebgkaplah sebagai PM paling bangang


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo