NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

44 ADUN sokong saya kekal jadi KM, kata Hajiji

Hajiji Noor (barisan depan, lima dari kiri) bergambar dengan ADUN GRS, tujuh wakil rakyat PH dan lima ADUN BN dalam perjumpaan di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya hari ini. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU :  Hajiji Noor berkata, beliau memiliki sokongan 44 daripada 79 ADUN Sabah untuk kekal sebagai ketua menteri, menerusi akuan bersumpah yang diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin semalam.

Dengan dakwaan ini, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu boleh terus mentadbir Sabah, selepas kemelut politik selama beberapa hari yang mengancam kedudukannya.

Sebelum ini, media melaporkan 44 ADUN berkumpul di kediaman rasmi Hajiji di Sri Gaya untuk membincangkan kedudukan terkini kerajaan negeri dan situasi politik semasa di Sabah.

Sebelum kemelut politik itu tercetus, Hajiji memiliki sokongan 53 ADUN, iaitu GRS (29 kerusi), Barisan Nasional (17) dan Pakatan Harapan (7). 

Selain 73 ADUN yang dipilih, terdapat enam ADUN dilantik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo