NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Walaupun menang tipis DUN Tioman, Rakyat masih terima gabungan BN-PH, kata Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat menerima gabungan BN dan PH secara rasional. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum DUN Tioman menunjukkan rakyat sudah boleh menerima gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan dan juga di peringkat negeri.

Calon BN Mohd Johari Hussain mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan dengan majoriti 573 undi dan bagi Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail kemenangan itu adalah bukti penerimaan rakyat terhadap gabungan BN dan PH.

“Sudah tentu rakyat boleh menerimanya (gabungan BN dan PH) khususnya di DUN Tioman, kalau tidak bagaimana kita boleh menang. Ini bermakna mereka (rakyat) boleh menerima secara rasionalnya,” katanya menurut Sinar Harian.

Dalam pilihan raya itu, Johari mendapat 8,080 undi, calon Perikatan Nasional Nor Idayu Hashim (7,507), Mohd Fadzli Mohd Ramly dari Pakatan Harapan (784), Osman A Bakar dari Pejuang (79) dan calon Bebas Sulaiman Bakar (58).

PH sebelum ini mengumumkan menarik diri di DUN berkenaan selepas membentuk kerajaan perpaduan bersama BN di Pahang dan Putarajaya selepas PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah sebanyak 58.39%.

Pada PRU14, BN yang diwakili Johari menang DUN Tioman dengan majoriti sebanyak 1,280.

//FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo