NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada yang terselamat dalam letupan Jersey - penyelamat

Kru pencarian mencari mangsa yang terselamat di tapak letupan di blok pangsapuri di Saint Helier, Jersey. - Foto REUTERS


SAINT HELIER: Pasukan penyelamat di Jersey hari ini memaklumkan kemungkinan tiada mangsa yang selamat daripada letupan yang memusnahkan blok pangsapuri tiga tingkat.

Sekurang-kurangnya tiga orang disahkan terbunuh setakat ini dalam letupan awal pagi semalam di ibu kota pelabuhan pulau Channel Saint Helier, yang disyaki akibat kebocoran gas.

"Setakat ini tiga kematian sudah disahkan dan kami menjangkakan menemui lebih banyak korban lagi.

"Dengan rasa sedih saya mengesahkan bahawa operasi mencari dan menyelamat ditukarkan kepada operasi pemulihan," kata Ketua Polis Jersey, Robin Smith pada sidang akhbar, hari ini. 

Katanya, nasib 12 lagi penduduk masih tidak diketahui.

Menjelaskan lanjut, katanya, fasa seterusnya adalah menjurus kepada kepada usaha pencarian serpihan anggota mangsa yang terbunuh dengan kaedah lebih teliti dan dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi.

Katanya, kemungkinan letupan adalah berpunca daripada kebocoran gas.

Dalam perkembangan berkaitan, kerja mencari mayat di celah runtuhan bangunan dilakukan dengan menggunakan anjing pengesan dan pakar dari selatan England serta dibantu pekerja kecemasan Jersey, sudah dilakukan sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Pasukan Bomba, Paul Brown mengesahkan anggotanya dikerahkan untuk menyiasat bau gas pada petang Jumaat, iaitu kira-kira tujuh jam sebelum letupan.

Pembekal gas Jersey, Island Energy, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan perkhidmatan bomba untuk mengenal pasti punca sebenarnya.

Ketua Menteri Jersey, Kristina Moore, berkata insiden letupan itu amat mengejutkannya.

"Letupan itu kedengaran di seluruh pulau dan ia suatu bunyi yang luar biasa.

"Ia adalah berita yang langsung tidak pernah dibayangkan, kami semua sangat bersimpati terhadap mereka yang kehilangan orang tersayang," katanya kepada BBC.

Insiden itu menambahkan tragis bagi Jersey, susulan wilayah di bawah tanggungjawab mahkota atau British Crown bukan sebahagian daripada United Kingdom, yang ekonominya bergantung kepada perbankan, pelancongan dan perikanan.

Pengawal pantai Jumaat lalu menamatkan pencarian tiga nelayan Jersey yang hilang selama hampir 36 jam selepas bot kayu mereka melanggar sebuah kapal kargo dan karam.

Bot barang itu dimiliki oleh Condor Ferries, yang pejabat Jerseynya terletak berhampiran blok pangsapuri yang musnah.

"Kita mesti menyeru kekuatan kolektif masyarakat pulau," kata Moore. - AFP




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo