NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom di Bandung

Kejadian itu yang berlaku pada jam 8.20 pagi telah mengakibatkan seorang anggota polis terkorban, manakala tujuh yang lain cedera. - Gambar/ Reuters


KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom yang berlaku di Balai Polis Astana Anyar di Bandung, Jawa Barat pada Rabu.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini turut mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.
"Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini.
"Malaysia juga berdoa agar diberikan kesembuhan segera kepada mangsa-mangsa yang tercedera," kata kenyataan itu.
Kerajaan Malaysia dalam masa sama turut berharap pihak yang bertanggungjawab mendalangi serangan itu segera dibawa ke muka pengadilan.
Kejadian itu yang berlaku pada jam 8.20 pagi telah mengakibatkan seorang anggota polis terkorban, manakala tujuh yang lain cedera.
Seorang pengebom bunuh diri turut dilaporkan terbunuh akibat insiden berdarah itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam masa sama mengalu-alukan sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan kejadian.
Dalam laporan berkenaan perkembangan insiden letupan, Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit mendedahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Agus Sujatno merupakan anggota puak penentang Jamaah Ansharut Daulah (JAD) Bandung dan Jawa Barat.
“Dari hasil pemeriksaan cap jari dan pengecaman wajah, identiti pelaku adalah Agus Sujatno atau lebih dikenali sebagai Agus Muslim,” katanya.
Agus pernah ditahan di Lembaga Pemasyarakatan Nusakambangan selama empat tahun atas penglibatannya dalam pengeboman Cicendo, Bandung pada 2017, sebelum dibebaskan pada Mac 2021.

Sumber I Astro Awani 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo