NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah runtuh Batang Kali: Dua lagi mayat tiba di HSB

Kenderaan polis yang tiba di HSB dipercayai membawa mayat mangsa korban tragedi tanah runtuh Batang Kali. - Astro AWANI


SUNGAI BULOH: Dua lagi mayat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini pada Rabu.
Ini menjadikan keseluruhan 26 mayat ditemukan di tapak perkhemahan itu sejak Jumaat lalu.
Mayat ke-25 dipercayai seorang kanak-kanak yang ditemukan kira-kira pukul 11.30 malam tadi difahamkan tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 1.30 pagi dan proses bedah siasat dilakukan sejurus itu.
Waris kanak-kanak itu pula dilihat tiba kira-kira pukul 11.40 pagi dan setakat pukul 12.30 tengah hari, polis sedang merekodkan keterangan.
Sebelum ini waris berkenaan pernah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang ditemukan namun negatif.
Mayat ke-26 pula merupakan orang dewasa yang ditemukan pada pukul 11.14 pagi di Sektor C, lokasi kejadian pada Rabu pula tiba di hospital pada pukul 12.48 tengah hari bagi proses bedah siasat.
Sementara itu, tiga lagi individu termasuk dua warga asing dari keluarga yang sama tiba di pekarangan bilik mayat kira-kira pukul 12.35 tengah hari.
Difahamkan suami kepada wanita warga asing itu antara yang menjadi mangsa tragedi tanah runtuh.
Mereka juga dilihat menunjukkan laporan polis kepada pengawal keselamatan sebelum memasuki bangunan itu.
Semalam polis mengesahkan setakat Selasa, polis menerima dua laporan berhubung kehilangan ahli keluarga.

Sumber I Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo