NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak masuk akal import telur sedangkan Malaysia eksport ke Singapore dan Hong Kong - Ameer Ali Mydin

PETALING JAYA: Pengarah Urusan rangkaian pasaraya Mydin, Ameer Ali Mydin mempersoalkan rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran dan berkata, ia bukan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

Ameer Ali Mydin berkata, adalah tidak masuk akal untuk mengimport telur memandangkan Malaysia merupakan pengeksport bersih barangan makanan itu.

“Sekiranya bekalan tidak mencukupi, maka kita harus berhenti mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong supaya bekalan telur mencukupi untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada FMT Business.

“Jika pihak berkuasa mengatakan kami mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, maka di mana mereka? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Ameer berkata, jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, ia perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau jika peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.

“Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara di mana telur itu boleh diperolehi dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara tersebut,” katanya.

Tetapi Ameer berkata, sukar untuk melihat bagaimana mengimport telur boleh menyelesaikan masalah itu.

“Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini,” katanya.

“Tetapi harga telur adalah yang paling rendah di Malaysia. Satu dozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

“Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia,” katanya.

Ameer berkata, satu-satunya telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh berharga 75 sen sebiji.

Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur ini, dan ini telah menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran.

“Perkara paling mudah dilaksanakan”, kata Ameer merujuk kepada kerajaan menarik balik kawalan harga.

“Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen setiap telur Omega 3,” tambah Ameer.

( Hide )
  1. Dengan kerajaan baru ni, istilah TAK MASUK AKAL tak boleh digunakan langsung. Yang patut kita tanya adalah , APA YANG MASUK AKAL PADA MEREKA ?

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo