NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahun lepas Kelantan beri bantuan kewangan banjir Selangor, Pahang. Kali ini Selangor bantu Kelantan pula

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menghulurkan bantuan banjir berjumlah RM500,000 kepada penduduk terjejas.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan serta bantuan pasukan sukarelawan Serve & Pantas itu amat bermakna kepada mangsa banjir di negeri ini.

“Semoga berkat keprihatinan dan sumbangan pelbagai pihak dapat memberi manfaat kepada mangsa-mangsa banjir terutama pemulihan pasca banjir,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan bantuan tersebut kepada Kelantan dan Terengganu menerusi satu hantaran yang dimuat naik laman sosial Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN

TANGKAP layar ucapan terima kasih dizahirkan oleh Ahmad Yakob menerusi entri laman Facebook miliknya hari ini.


Komen : 20 Disember 2021, Kelantan bantu Selangor dan Pahang dengan bantuan setiap Negeri RM100 ribu. Allah Bala's dengan RM500 ribu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo