NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Servis Gmail terganggu selama 2 jam, 77% pengguna terjejas

Gmail adalah perkhidmatan emel yang disediakan Google

PETALING JAYA: Perkhidmatan emel Google, Gmail tergendala hampir dua jam menjejaskan kebanyakan pengguna di seluruh dunia.

Menurut Downdetector.com, sebuah laman sesawang yang memantau perkhidmatan di internet, lebih 1,500 pengguna melaporkan mengalami masalah setakat 10.45 malam. FMT turut mengalami masalah menerima dan menghantar emel.

Setakat ini tiada pengumuman daripada Google mengenai status Gmail dalam akaun rasmi Twitter syarikat itu. Bagaimanapun perkhidmatan Gmail kembali semula pada jam 11.30 malam.

Akhbar Britain The Sun melaporkan perkhidmatan Gmail tergendala menyebabkan ratusan ribu pengguna terjejas dan menerima banyak aduan daripada pengguna.

Di Twitter pula, pengguna turut melaporkan mengalami masalah pada emel mereka “Gmail tergendala, jangan jadi gila kerananya”. Seorang lagi pengguna pula berkata “Ada boleh membuka akaun Gmail tetapi tiada emel masuk”. “Nampaknya Gmail tergendala di seluruh dunia. Saya langsung tidak menerima emel,” kata seorang lagi pengguna di Twitter.

Laman sesawang Downdetector melaporkan 77% pengguna Gmail mengalami masalah dengan emel mereka.

Akhbar India The Free Press Journal juga melaporkan pengguna Gmail di negara itu tidak menerima sebarang emel.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo