NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sepanyol sudah ambil iktibar dari kekalahan di tangan Jepun

Pemain tengah Sepanyol, Rodri (depan) menyertai sesi latihan pasukannya di Qatar University, Doha menjelang aksi bertemu Maghribi aksi 16 terbaik, Selasa ini. - Foto AFP


DOHA: Sepanyol sudah mengambil iktibar di atas kekalahan 1-2 di tangan Jepun yang hampir mengakibatkan mereka tersingkir daripada Piala Dunia di Qatar

Justeru, pemain tengah skuad La Roja, Rodri Hernandez mengingatkan rakan sepasukan agar tidak melakukan kesilapan sama apabila bertemu Maghribi pada aksi pusingan 16 terbaik, Selasa ini.

Kekalahan 1-2 Sepanyol kepada Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menerusi dua gol pantas pasukan dari Asia itu menyaksikan mereka turun ke tangga ketiga kumpulan untuk tempoh tiga minit selepas Costa Rica mendahului aksi menentang Jerman.

Namun, Jerman menyelamatkan Sepanyol dengan menewaskan Costa Rica tetapi Rodri mengakui situasi sukar yang dialami mereka tidak seharusnya berulang lagi.

"Kini, persaingan baharu bermula. Kami sentiasa melakukan analisis mengenai perkara yang boleh kami perbaiki, walaupun selepas perlawanan yang menyaksikan kami bermain dengan baik," kata Rodri kepada pemberita menjelang perlawanan menentang Maghribi mencipta kejutan menjuarai Kumpulan F.

"Apa yang terjadi sebelum ini, kami perlu atasinya. Kami sudah diberi amaran bahawa ia tidak boleh berulang lagi.

"Jurulatih memberikan arahan yang jelas, pemain perlu memikul tanggungjawab dan kami meneruskan latihan dengan matlamat untuk melangkah ke pusingan seterusnya."

Walaupun Rodri beraksi sebagai pemain tengah bersama juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun diletakkan di posisi pertahanan tengah oleh jurulatih Sepanyol, Luis Enrique pada kempen Piala Dunia kali ini.

"Peranan saya dalam pasukan adalah sama dengan mana-mana pemain pertahanan tengah yang lain. Untuk buat hantaran dari bawah dan berikan aksi yang konsisten buat pasukan. Setiap pemain ada peranan masing-masing," katanya. 

- REUTERS





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo