NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rosmah hadir mesyuarat MKT UMNO?


Kuala Lumpur:
Kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato’ Onn, di sini sebentar tadi menimbulkan persoalan pengamal media.

Beliau yang tiba sekitar 8 malam, diiringi seorang wanita, yang dipercayai pegawainya.

Ketika pengamal media mendekatinya termasuk mahu mengambil gambar, Rosmah meminta media supaya tidak berbuat demikian.

Pegawai Rosmah turut menegur jurugambar supaya tidak mengambil gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

“No picture, no picture (jangan ambil gambar),” katanya.

Difahamkan, kehadiran Rosmah mungkin bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat MKT, malam ini.

Terdahulu, Ahli MKT Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan beberapa isu antaranya syor supaya MKT Umno kekal berperanan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

  • HM


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. umno bkn pembangkang lg, nk semak dan imbang mcm mane lg?

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo