NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramesh Rao Pro-Najib kini pegawai khas di pejabat Zahid


Seorang pemimpin gerakan pro-BN yang dikenali ramai kerana pelbagai tindakannya termasuk membuat laporan polis sewaktu Najib Razak menjadi perdana menteri, hari ini menjadi pegawai khas kepada Ahmad Zahid Hamidi.

Mengumumkan pelantikan tersebut, Ahmad Zahid berkata Ramesh Rao dipilih sebagai sebagai pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Berucap kepada hadirin jamuan makan tengah hari di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zahid berkata, Ramesh diberi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara ini tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

“Soal jaga kepentingan orang India, ada jawatan yang harus saya tawarkan pada Ramesh Rao.

“Tak kisah (mereka) sokong MIC, PKR, DAP ataupun mana-mana rakan gabungan BN, yang penting kita kena santuni seluruh kaum di negara ini," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata tugas yang diberikan itu merupakan amanah buat Ramesh.

"Kalau masyarakat India ada masalah, sila bantu. Kalau mereka gagal dibantu, jangan salahkan PM atau TPM, salahkan Ramesh,” gurau ahli parlimen Bagan Datuk berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum itu berucap di majlis anjuran Kuil Sree Maha Kaliamman di Shah Alam, Selangor hari ini. Ramesh merupakan penasihat di kuil tersebut.

Didakwa di mahkamah Feb lalu

Dia juga mengetuai Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) yang kerap membuat laporan polis terhadap pengkritik kerajaan semasa Najib menjadi perdana menteri.

Salah satu insiden yang membabitkan Ramesh ialah menganjurkan sidang media untuk balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, bagi memohon maaf kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Ia dibuat sebagai memberi gambaran bahawa pasangan terbabit tidak ada sebarang kaitan dengan kematian suaminya yang juga dikenali sebagai PI Bala.

Ramesh dituduh membayar Selvi untuk sidang media tersebut namun dinafikan mereka berdua.

Bala telah dalam akuan berkanun pada 2008 mendakwa Najib mengetahui mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Dia menarik balik tuntutan itu dalam akuan berkanun kedua dan kemudian hidup di luar negara sebelum meninggal dunia pada 2013.

Feb tahun lalu pula Ramesh didakwa di mahkamah kerana mengaitkan hakim perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd - yang membabitkan Najib - dengan Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum itu dia mendakwa hakim berkenaan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mahathir.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo