NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: BN menang DUN Tioman dengan majoriti tipis

Calon BN Mohd Johari Hussain mendapat 8,080 undi diikut rapat calon PH Nor Idayu Hashim dengan 7,507 undi.

PETALING JAYA: Keputusan pilihanraya DUN Tioman menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Johari Hussain mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan dengan majoriti 573 undi.

Keputusan itu menyaksikan Johari yang juga penyandang tiga penggal mengekalkan status quo BN di DUN berkenaan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Nasim Mohd Sidek di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Rompin.

Dalam pilihan raya itu, BN mendapat 8,080 undi, calon Perikatan Nasional (PN) 7,507 undi, Pakatan Harapan (PH) dengan 784 undi, Pejuang 79 undi dan Bebas 58 undi.

PH sebelum ini mengumumkan menarik diri di DUN berkenaan selepas membentuk kerajaan perpaduan bersama BN di Pahang dan Putarajaya selepas PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah sebanyak 58.39%.

Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Pada PRU14, BN yang diwakili Johari menang DUN Tioman dengan majoriti sebanyak 1,280.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo