NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN bincang cadangan PRN serentak 6 negeri


KOTA BHARU:
Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan saranan pelbagai pihak agar pilihan raya negeri (PRN) dijalankan serentak di enam negeri terlibat, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Tertinggi PN untuk dibincangkan secara lebih mendalam.

“Secara peribadi saya sendiri tidak ada masalah sekiranya proses pengundian diadakan serentak di enam buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya sendiri akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan segala keputusan akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.

Namun, Ghani berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuat pembubaran bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri terlibat dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo