NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peruntukan SOSMA akan dikaji semula

Ramkarpal (kiri) dan Saifuddin Nasution dalam satu pertemuan pagi tadi.


SHAH ALAM - Peruntukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bakal dibincangkan dan dikaji semula berikutan terdapat pelbagai aspek dalam peruntukan tersebut menerima kritikan terutama dalam isu mengehadkan pemberian jaminan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, satu kesepakatan telah juga dicapai dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai perkara tersebut.

“Pagi ini, saya telah mengadakan suatu mesyuarat bersama Saifuddin di pejabat beliau bagi membincangkan pelbagai isu perundangan yang berkait rapat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya gembira mengumumkan bahawa Saifuddin telah bersetuju dengan cadangan saya untuk memulakan sesi libat urus yang sewajarnya bersama kesemua pihak berkepentingan yang terlibat bagi tujuan di atas,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Saifuddin sebelum ini dilaporkan memberi bayangan akta tersebut tidak akan disemak kembali dan menyatakan individu yang ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo meminta Saifuddin mempertimbangkan keputusan tersebut kerana ia bertentangan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan mekanisme dalam akta berkenaan.

Sementara itu, Ramkarpal menambah, anjuran sesi libat urus itu bakal diadakan tidak lama lagi dengan menjemput pelbagai pihak menjayakan inisiatif tersebut.

“Oleh yang demikian, kementerian saya dengan KDN akan menganjurkan sesi ini dalam masa terdekat dan saya akan menjemput pihak berkepentingan termasuk pegawai-pegawai dari KDN dan Polis Diraja Malaysia untuk segera memulakan proses ini,” jelasnya.


Sumber I Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo