NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertubuhan Majlis Media jadi keutaman Teo

Teo Nie Ching berkata, kerajaan akan terus menghormati kebebasan media dan mengiktiraf peranan penting dimainkan pengamal media.


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching akan memberi keutamaan terhadap penubuhan Majlis Media bagi memastikan industri itu dapat dikawal selia dan kekal bebas daripada pengaruh politik.

Katanya, beliau senada dengan aspirasi yang dizahirkan Menterinya, Fahmi Fadzil yang mahu kerajaan terus menghormati kebebasan media dan mengiktiraf peranan penting dimainkan pengamal media.

“Kami (saya dan Fahmi) berharap untuk mewujudkan Majlis Media yang profesional supaya boleh kawal selia industri media dan pastikan tidak wujud sebarang gangguan berniat politik.

“Saya bersama menteri (Fahmi) adalah kawan lama. Saya berhasrat membantu beliau memastikan kebebasan media terus diperkasakan,” katanya yang dipetik Bernama.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara petang tadi.

Terdahulu, Fahmi dilaporkan berkata, beliau perlu mendapatkan perincian berhubung cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia daripada pemain industri media, khususnya persatuan wartawan, selain memberi jaminan kebebasan media akan diberi keutamaan, termasuk aspek kebajikan pengamal media.

Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia disuarakan peserta Wacana Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media di seluruh negara.

Dalam pada itu, Teo berkata, dalam masa terdekat, beliau juga akan memastikan ancaman akibat penularan berita palsu tidak terus berleluasa.

“Berita palsu adalah ancaman yang dihadapi di seluruh dunia. Semua pihak perlu memainkan peranan mereka. Saya sebagai timbalan menteri akan pastikan ancaman itu tidak menggugat demokrasi negara.”

Teo adalah calon Pakatan Harapan yang bertanding di Parlimen Kulai pada pilihan raya umum ke-15 dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 36,023 undi.

Anak jati Batu Pahat, Johor yang berusia 41 tahun itu merupakan bekas timbalan menteri pendidikan di bawah pentadbiran PH dari Julai 2018 hingga Februari 2020.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo