NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persamaan, perbezaan Messi, Maradona - Valdano

Kain rentang memaparkan wajah legenda Argentina, Lionel Messi dan Diego Maradona dipasang ketika sambutan kemenangan Piala Dunia dekat Buenos Aires, Argentina. - REUTERS


MADRID: Jorge Valdano, pemenang Piala Dunia 1986 bersama Argentina di samping pemain legenda Diego Maradona, memperkatakan mengenai kejayaan La Albiceleste pada Qatar 2022 dengan Lionel Messi menjadi topik utama perbincangan selepas aksi menakjubkannya sepanjang kejohanan hampir sebulan itu.

Argentina mengalahkan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 dalam masa 120 minit di Stadium Lusail, Doha, yang mana Messi menyumbat dua gol manakala bintang serangan Les Bleus, Kylian Mbappe meledak hatrik.

Bercakap di saluran radio berbahasa Sepanyol Cadena COPE, Valdano mendedahkan beberapa pemerhatian menariknya mengenai perlawanan itu serta legasi pasukan.

"Saya mengharungi perlawanan ini lebih tegang berbanding pada tahun 1986 kerana apabila anda bermain, anda dapat melepaskan semuanya, tetapi semalam ia benar-benar mendebarkan, apabila anda menontonnya, ia semakin tegang," kata Valdano.

Valdano, yang berkongsi bilik persalinan bersama Maradona, berbicara mengenai persamaan dan perbezaan antara Maradona dan Messi.

"Persamaan antara Maradona dan Messi adalah kedua-duanya genius. Perbezaannya pada Mexico 1986, Diego beraksi ketika kemuncak fizikal kariernya (berusia 26 tahun) dan Leo kini 35 tahun dan dia terpaksa meluahkan semua genius dimilikinya selain pengalamannya," kata Valdano.

Valdano turut mendedahkan apabila beliau bercakap dengan Messi sebelum kejohanan itu, beliau mempunyai sesuatu yang menarik hasil perbualan dengan bintang Paris Saint-Germain itu.

"Ketika saya menemu ramahnya sebelum Piala Dunia, tanpa kamera saya memberitahunya dia akan bermain Piala Dunia kali kelima dan tidak ada mana-mana pemain bola sepak beraksi kali keenam; dia memberitahu saya ia mustahil dan dia berkata kepada saya 'jika saya muncul juara dunia saya akan terus menyarung jersi Argentina hingga Piala Dunia berikutnya'.

"Kita akan tunggu dan lihat jika Messi mampu melakukannya. Secara praktikalnya memang amat sukar buat seorang pemain bola sepak beraksi dalam enam Piala Dunia," tegas Valdano.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo