NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyelia Kesihatan London sokong vaksin COVID untuk bayi dari enam bulan

LONDON – Pengawal selia kesihatan Britain pada Selasa membenarkan penggunaan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech untuk bayi dan kanak-kanak seawal usia enam bulan hingga empat tahun.

Agensi Kawal Selia Ubat dan Produk Penjagaan Kesihatan (MHRA) dalam kenyataan berkata, vaksin COVID-19 Comirnaty memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diperlukan.

“Pembentangan ini direka khas untuk kumpulan umur baharu dan diberikan pada dos yang lebih rendah berbanding yang digunakan pada individu berumur 5 hingga 11 tahun (tiga mikrogram berbanding 10 mikrogram),” kata MHRA.

Sebelum keputusan itu dibuat, MHRA memaklumkan bahawa agensinya menyemak data daripada percubaan klinikal yang sedang dijalankan membabitkan 4,526 peserta dan menjangkakan kesan sampingan bersesuaian dengan penerima dalam kumpulan umur berkenaan.

“Ia diberikan menerusi tiga suntikan di bahagian atas lengan, dengan dua dos pertama diberikan selang tiga minggu, diikuti dengan dos ketiga sekurang-kurangnya lapan minggu selepas dos kedua,” katanya. 

Bagaimanapun, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) akan menentukan sama ada vaksin itu akan disyorkan untuk digunakan dalam kumpulan umur ini sebagai sebahagian daripada program vaksinasi COVID-19 di UK. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo