NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin Melayu Pertama jadi Ahli Parlimen Alor Setar!

Pemimpin Melayu Pertama Terajui Alor Setar!

Siapa kata PAS lokek dengan calon anak muda di kerusi pilihanraya? Lihatlah anak-anak muda PAS Malaysia (DPPM) yang berkredibiliti tinggi. Apatah lagi mampu berhujah dengan ilmu dan fakta serta bergerak seiring dengan perkataannya.

Terbaru, Afnan Hamimi nama yang tidak asing lagi dalam arena politik menjadi 'Anak Muda Melayu' pertama mewakili kawasan Alor Setar sejak Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955.

Menariknya, walaupun jumlah penduduk Melayunya majoriti dengan peratusan 61%, tempat yang dahulunya sering dimenangi oleh calon bukan Melayu. Akhirnya Alor Setar mencatatkan sejarahnya apabila memberikan kepercayaan kepada Afnan Hamimi dengan kejayaan memenangi kerusi ini pada PRU-15 ini.

Undi rakyat di kawasan Alor Setar ini tidak sia-sia kerana watak anak muda melayu ini bukan hanya mempunyai ilmu agama malahan teguh ilmu pentadbirannya. Beliau merupakan watak signifikan dalam pentadbiran Kedah kerana beliau merupakan orang paling kanan kepada MB Kedah sebelum ini iaitu sebagai Setiausaha Politik kepada MB Sanusi.

Meskipun berjawatan tinggi, Afnan Hamimi adalah seorang sangat mudah didekati dan ramah dengan orang Kedah. Seperti yang tular di media sosial, beliau sempoi menghadiri kenduri hanya dengan menaiki motorsikal tanpa pengawal peribadinya.

Untung rakyat Alor Setar ada wakil seperti Afnan Hamimi, seorang Anak Muda Melayu Islam yang cerdas pemikirannya, petah butir bicaranya, berkredibiliti dalam tutur dan perlakuannya dan tinggi ilmunya sehingga berjaya dalam pengajiannya sehingga ke peringkat ‘Master’ dalam Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di (USM).

Tahniah Alor Setar!

#PemudaPAS
#PemudaGenerasiSejahtera
#MalaysiaSejahtera

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo