NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia harap Afghanistan kaji semula langkah haramkan wanita ke universiti

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin


PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Malaysia berharap Afghanistan mengkaji semula keputusan mengharamkan golongan wanita di negara itu memasuki universiti kerana ia akan menjejaskan pembangunan pendidikan umat Islam pada masa akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah menulis surat berhubung perkara tersebut kepada Pemangku Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan Neda Mohammad Nadeem dan Duta negara itu di Malaysia Dr Moheb Rahman Spinghar.

"Saya telah berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri berkenaan, antara lain, pengalaman dan amalan Malaysia untuk menghormati golongan wanita yang menyumbang terutamanya kepada agenda kepentingan negara.

“Saya amat sedih apabila mengetahui keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan yang baru-baru ini telah mengharamkan wanita daripada memasuki institusi pengajian tinggi di negara itu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Malaysia telah membuktikan bahawa wanita mampu meningkatkan reputasi negara melalui pendidikan yang mantap.

"Memanfaatkan bakat dan kemahiran wanita Islam Malaysia sebagai rakan kongsi yang setaraf dalam pelbagai industri telah membantu merangsang ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

"Saya yakin pendidikan untuk golongan wanita di Afghanistan akan menjadikan mereka sebagai aset berharga kepada negara dan membantu membina daya tahan, kestabilan serta perpaduan sosial yang kukuh ke arah pembinaan bangsa," katanya.

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo