NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Lim Kit Siang paranoia terhadap gelombang hijau' - Khairil Nizam


Lim Kit Siang (kiri) dan Khairil Nizam Khirudin.

KUALA LUMPUR: Lima penulisan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang, mengenai gelombang hijau, Islam politik dan Islamophobia, jelas menunjukkan wajah sebenar pemimpin itu dan parti yang diwakilinya.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin, menyifatkan pemimpin veteran dan parti itu sedang mengalami paranoia dan menghina pilihan rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Tegasnya, Kit Siang harus akur, jika Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah desakan rakyat menolak rejim kleptokrat, maka Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah hasrat sebenar rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih, tolak penipuan janji, 'penyakau', tsunami Melayu dan anti rasisme DAP.

"Lonjakan sokongan sebanyak 44 peratus dan undi popular sebanyak 4.6 juta adalah mandat pengundi yang harus dihormati.
"Perikatan Nasional (PN) sudah menjadi harapan utama kaum Melayu dan Bumiputera berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk masa depan politik Malaysia," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Khairil Nizam turut membangkitkan jika ditafsirkan sokongan pengundi Cina terhadap DAP pula ialah sokongan kepada pembentukan negara yang menyamaratakan hak kaum.

Beliau berkata, bagaimana jika sokongan itu juga dikatakan sokongan pengundi Cina untuk menentang konsep Bumiputera seperti yang termaktub dalam Deklarasi Setapak.

Katanya, sikap 'paranoia' dan 'Islamophobia: DAP bukan baharu.
Beliau berkata, sejak agenda Penyatuan Ummah dilancarkan dua tahun lalu, mereka telah membakar provokasi Talibanisme dan ekstremisme terhadap politik Melayu Islam.

"Mereka menanam doktrin dan strategi 'bogeyman' dalam kalangan orang Cina terhadap PAS.

"Kit Siang tidak senang jika politik PAS menunjukkan trend kenaikan yang signifikan kerana PAS akan menggagalkan dominasi politik DAP untuk memerintah dan memperkudakan pemimpin Melayu menjayakan misi mereka," katanya.

-BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo