NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Koyak, bakar naskhah al-Quran, wanita ditahan


KUALA LUMPUR:
Seorang wanita tempatan ditahan selepas dikesan mengoyak dan membakar naskhah Al-Quran, awal pagi tadi.

Suspek berusia 32 tahun, yang juga seorang pengawal keselamatan didapati melakukan perbuatan itu di tangga tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata wanita terbabit dilaporkan mengoyak helaian naskhah al-Quran sebelum membakarnya.

"Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Dang Wangi, menerima maklumat kejadian pada jam 1.15 pagi tadi sebelum menahannya pada jam 2 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menghadapi tekanan akibat masalah keluarga," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Noor Dellhan berkata ujian saringan air kencing juga mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah.

"Polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (tidak membawa pengenalan diri)," katanya.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo