NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan yang wujud rapuh, PH akui yang dilantik perompak dan penyamun

Kerajaan yang ditubuhkan ini merupakan sebuah kerajaan yang rapuh atas faktor tidak cukup jumlah majoriti.

Tambahan pula terdapat jemaah menteri yang dilantik merupakan kalangan yang disebut oleh pemimpin Pakatan Harapan sendiri sebagai perompak dan penyamun.

Orang sebegini yang dilantik menjadi menteri. Ini yang berlaku. Kita sabar sekejap. Ini ujian yang Allah SWT berikan kepada kita.

Rasulullah SAW sendiri pernah diuji apabila turun ayat bahawa Nabi SAW akan memasuki Makkah. Namun apabila Nabi SAW ingin memasuki Makkah dalam peristiwa Hudaibiyah, disekat jalannya.

Selepas beberapa tahun barulah Nabi SAW berjaya memasuki Makkah dan membebaskannya daripada kekuasaan musyrikin Makkah. 

Marilah kita mengambil contoh daripada perjuangan baginda Nabi SAW ini dalam usaha kita menegakkan syariat Islam di Malaysia.

2 Disember 2022, Majlis Makan Malam Petugas Perikatan Nasional Negeri Terengganu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo