NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan diarah bayar keluarga Altantuya RM5 juta, RM75,000


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi memerintahkan Kerajaan Malaysia serta empat defendan lain membayar ganti rugi am dan teladan terhadap keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu sebanyak RM5 juta dan RM75,000 kepada plaintif di sini, hari ini.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mengarahkan demikian selepas pihak plaintif berjaya membuktikan kes terhadap defendan tiga defendan dan defendan keempat (Kerajaan Malaysia) sebagai majikan kepada defendan pertama dan kedua.

Terdahulu bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.

Keluarga itu mendakwa, kematian ahli keluarga pada 2006 itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, selain melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Dalam penfailan tersebut, mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; peguam dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga dikeluarkan daripada senarai plaintif berikutan meninggal dunia pada 2017.

Seramai 26 saksi plaintif, termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 2019.

Defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman terbabit. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo