NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kalau harga ayam dah mahal sangat, kurangkan makan ayam' -Rafizi (video)

 
"Bercakap mengenai tak cukup ayam, sewajarnya kalau harga ayam itu dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan," katanya pada sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022, di sini, petang ini.
 
PUTRAJAYA: Pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Beliau berkata, ketika ini biarpun harga barangan terus meningkat pengguna dilihat masih bersedia membayar pada harga yang ditawarkan oleh pembekal.

Katanya, satu kategori perbelanjaan yang paling mempengaruhi inflasi adalah harga barangan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu kumpulan perbelanjaan yang paling besar bagi isi rumah.

"Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga.

"Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun.

"Bercakap mengenai tak cukup ayam, sewajarnya kalau harga ayam itu dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan," katanya pada sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022, di sini, petang ini.

Rafizi berkata, perbelanjaan makanan dan minum bukan alkohol pula dipecahkan kepada makanan di rumah dan makanan di luar rumah.

Pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.
Hassan Malik pernah membuat saranan yang sama ketika beliau menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Sumber video: https://fb.watch/hBfsQKAMGh/

........
Komen: .Eh eh..mcm pernah dengar formula ni sblm ni. Kat mana eh?...


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Ahhh ... aku dah lama kurangkan makan ayam. Tak ingat bila kali terakhir beli ayam mentah. Tapi rega ayam macam tu juga. Tak turun-turun.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo