Calon Pakatan Harapan (PH) yang kalah kepada anak murid Anwar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk itu dilantik dalam satu majlis angkat sumpah di pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang, Zahid.

Sementara itu, Ming Kai menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022.