NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Padang Serai: Hampir tiada pengundi Muda Melayu untuk PH+BN


Ini sedikit ulasan aku mengenai keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditunda...

PRU15
Pengundi berdaftar 133,867
Keluar mengundi 92,302 (68.95%)
Keputusan
PN 51,637 (56.49%)
PH 35,377 (38.70%)
BN 2,983 (3.26%)
Majoriti PN 16,260

PRU14
Pengundi berdaftar 84,834
Keluar mengundi 71,157 (83.88%)
Keputusan
PH 31,724 (45.27%)
PAS 22,911 (32.69%)
BN 15,449 (22.04%)
Majoriti PH 8,813

Analisa ni kena sepatutnya berdasarkan data yang lebih ditil...tapi aku tidak ada data lengkap, so analisa aku berasaskan angka2 berkaitan sahaja...

Berdasarkan jumlah pengundi, kita dapat lihat pertambahan yang agak besar iaitu 49,033 pengundi baru...

Jika kita buat kiraan mudah, sepatutnya undi diperolehi oleh PH dalam PRU15 sekurang2nya 46,000 undi iaitu undi PH + BN dlm PRU14...tapi ia tidak berlaku begitu, sebaliknya undi PH + BN pada 7 Disember hanyalah 38,360 undi sahaja... perbezaan hampir 8000 undi...

Manakala undi diperolehi oleh PN amat jauh berbeza dgn undi diperolehi PAS pada PRU14 iaitu pertambahan sebanyak 28,726 undi...

Soalan yang aku nak jawab dalam ulasan ringkas ini iaitu
1. Kemana hilangnya 8000 undi PHBN?
2. Dari mana datangnya pertambahan 28,726 undi PN?

Daripada maklumat yang aku perolehi, pengundi PHBN yg keluar mengundi dalam PRU15 7 Disember iaitu
PH : 25,000 + BN : 20,000 (PRU14 pengundi BN swing kpd PH 5000 undi)
Maka sepatutnya undi diperolehi oleh PH sekurang2nya 45,000 undi, hampir sama spt kiraan undi PH+BN pada PRU14...tapi kertas undi PH hanya berjumlah 38,360 sahaja...maka jelas nyata di sini pengundi PH@BN pada PRU14 telah beralih kpd PN sebanyak hampir 7000 undi...

Oleh itu pertambahan undi PN sebanyak 28,726 itu datangnya daripada
Pengundi PHBN swing kpd PN : 7000 undi
Pengundi baru : 21,726 undi
Pengundi baru bertambah 49k orang, tp yg keluar mengundi tidak sampai 50%

Angka ini juga menunjukkan bahawa PHBN mendapat hampir 0% undi orang muda atau pengundi baru...maka tidak lah menghairankan apabila tiba2 menteri komunikasi bertindak ke atas akaun2 TikTok yang merupakan saluran utama golongan muda hari ini....

Banyak maklumat yg boleh diterbitkan berdasarkan angka2 tersebut...cuma untuk tujuan tulisan ini, cukuplah secara ringkas sahaja bagi membuktikan bahawa PHBN sememangnya ditolak oleh para pengundi termasuk golongan muda...

alfaqir ilallah ppk

13 Jamadil Awal 1444H
8 Disember 2022M

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo