NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hampir 2,000 mangsa banjir Terengganu pulang ke rumah hari ini

Mangsa banjir yang meninggalkan PPS, mula membersihkan kediaman masing-masing


KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini, berkurangan seramai 1,809 orang malam ini daripada 22,361 mangsa yang direkodkan petang tadi.

Sehingga jam 8 malam ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih berada di 121 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri adalah seramai 20,552 mangsa daripada 5,518 keluarga, berbanding seramai 22,361 daripada 5,953 keluarga petang tadi.

Jumlah PPS paling banyak ditutup adalah di daerah Setiu apabila hanya tinggal enam, berbanding 11 PPS petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di daerah Setiu turut merekodkan penurunan seramai 177 mangsa, berbanding 410 daripada 87 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, daerah Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 4,592 daripada 1,195 keluarga di tujuh PPS.

Jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu adalah 3,398 daripada 1,145 keluarga di 25 PPS, manakala seramai 3,733 daripada 980 keluarga di 23 PPS di daerah Dungun.

Di daerah Besut, jumlah mangsa banjir yang masih berada di 34 PPS adalah seramai 3,542 daripada 855 keluarga dan 3,041 daripada 777 keluarga di 14 PPS di Kuala Nerus.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu adalah seramai 1,937 daripada 516 keluarga dan menetap di 10 PPS, manakala seramai 76 mangsa daripada satu keluarga di satu PPS.


Sumber I BH Online 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo